Friday, September 10, 2010

SALING BERMAAFAN

ASSALAMUALAIKUM

Salam sayang buat kakak,adik2,teman2,pakndak,paksu,paktam,maksu ,acik,maklang,ibu...dan apa jua panggilan buat kalian semua.Semoga kalian berada di dalam lingkungan Rahmat Yang Maha Kuasa...

Di kesempatan hari mulia ini...ingin saya melahirkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dgn limpah kurnianya dapat saya dan keluarga bersatu dan meraikan lebaran yang mulia ini.Tahun ini,mmg bermakna sekali buat kami sekeluarga...kerana anak pertama saya berjaya melakukan ibadah puasa dengan penuh dan cukup mudah.Anak kedua juga yang baru berlatih berpuasa dapat berpuasa dgn bilangan hari yang agak banyak juga..tahniah Adik Ad...ummi bangga!

Di dalam bulan yang mulia ini,di harap kita saling bermaafan sesama kita.Kalau boleh tu..kita lupakan lah kisah2 luka lama,dendam serta perasaan tidak puas hati sesama sendiri.Apa kata kita tutup buku lama,dan memaafkan kesalahan insan lain dengan ikhlas,serta kita mulakan kehidupan baru dengan lebih tenang dan gembira...

Kehidupan tanpa dendam adalah kehidupan yang aman,tenang dan akan membuatkan kita bahagia.Jangan bila raya ni..kita salam je..tapi,hati x memaafkan kesalahan insan lain ye?klu kita nak orang maafkan salah silap kita,kita kenalah mulakan dulu..betul tak?

Jom kita bersihkan hati...dan mulakan kehidupan baru yang lebih membahagiakan.Perasaan dendam dan ungkit mengungkit itu hanya akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan dalam perhubungan kita sesama hamba Nya...wallahualam..

No comments: