Thursday, January 23, 2014

Roti Manis


Assalamualaikum..


Beberapa hari lepas ummi menguli roti lagi. Buat pelbagai inti supaya tak jemu. Ada yang letak sausage, tabur gula dan macam- macam lagi.

Cuaca elok panas buat roti naik cantik. Tak perlu tunggu lama nak bagi roti naik.



Lawa macam tisu dalam dia kan? Alhamdulillah rezeki kami roti menjadi.

Ummi kongsikan sekali resepinya ya. Moga bagi yang minat nak buat sendiri tu boleh cuba buat.

500 gram tepung roti
11 gram yis kering
1 biji telur
1 sudu besar butter
1 sudu besar shortening
1 sudu besar water roux
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
225 ml air sejuk@air ais

Caranya: uli doh hingga kenyal dan elastik. Biar naik dua kali ganda dalam setengah jam. Bentukkan ikut citarasa dan biar naik dalam 40 minit sebelum dibakar.

Atasnya ummi sapu dengan air bancuhan susu.

Bakar dengan suhu 170 degree api atas bawah.

Lepas angkat sapu dengan butter.

No comments: