Wednesday, November 7, 2012

Ibu kolagen Rumpai Laut Gred AAA

Assalamualaikum


RM 30 setiap paket 100 gram

Ada yang berminat nak beli rumpai laut violet ?tak disangkal lagi rumpai laut violet ini anti oksida dan khasiatnya sangat banyak disamping dapat menganjalkan kulit juga.

Di lain entri lain saya cerita kebaikan dan kelebihan rumpai laut ni ye

Email lydiamiza23@yahoo.com atau sms 0127660546

Tudung Murah

Assalamualaikum
Saya ada sikit lagi stok tudung yang masih belum terjual.


RM34


RM34

Ada yang berminat ke? Ada banyak warna lain nanti saya publish
Email jika berminat:lydiamiza23@yahoo.com
Atau sms 012-7660546

Sunday, October 7, 2012

Kami Bersahabat

Assalamualaikum...
Semalam bonda buat kenduri kesyukuran sambut menantu. Alhamdulillah sahabat saya hadir memeriahkan majlis. Apa yang saya terharu sangat nana sanggup bantu sediakan dua hantaran untuk pihak  kami. Saya tempah dengan nana cheese tart dan minta dia tolong tempahkan carrot cheese cake juga. Awal pagi dia dah hantar rumah bonda dua barang tu...huhu. Pukul berapa dia pergi ambil kek? dah la jauh. 

Kami bersahabat sejak dari tingkatan satu. Sejak dari zaman comot lagi. Alhamdulillah tak pernah majuk atau kecik hati dengan nana . Dulu balik sekolah pun sama-sama juga..hehe.

Apa yang saya pelik dia makan beras apa ye tak besar-besar? jeles ooo


Wednesday, October 3, 2012

Wedges Cantik


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari petang semalam hati melonjak-lonjak nak beli wedges. Buka potato wedges ye kawan-kawan, akak comot nak beli kasut wedges. Ye la bila dah ada baby ni tak sesuai pakai heels sebab badan dah memberat...ecece, 52 kg tu berat tau, lenguh betih akak comot ni.

Dah dua hari sakit kepala, oleh kerana ada dapat bonus dari hasil berblog maka akak comot rasa malam tadi perlu pergi terapi. Dah pukul 8 malam tanya pada encik darling boleh tak teman pergi terapi dia kata kasut beli beribu kat Qatar dulu tak pakai pun? erk?? kasut mana lak beli sampai harga beribu wahai darling??? pitam akak comot dengar! Boots yang akak comot beli untuk pergi melancong ke Dubai,Oman dan Abu Dhabi tu baru je berapa ...siap ada offer lagi masa tu...huhu. 

Tengok akak comot dah sentap encik darling kata okey, dan 2 saat lepas tu akak comot tunjuk gambar nih, kata nak beli rupa gini...

Malangnya tak jumpa pun kat jusco tu kedai vinci, ke takda? entah...nak gi Alamanda dah malam sangat, memang tak sempat.

Kebetulan akak comot jamu mata dengan qila je mereka yang lain ke kedai buku. Maka jalan lah dengan santai dan penuh sopan santun memilih kasut, pergi School walau selesa tapi just selipar, dah la tak glamour lak tu, macam slipar 8 hengget je rupa walau RM89 harganya, nak pakai ke majlis wedding macam kurang comel nanti akak comot korang ni.

Pergi kedai BATA, adalah yang cantik tapi alamak...dah berbelas tahun akak comot tak pakai BATA, rasa macam...malas la kot. Patah balik ke School, belek lagi...memang rasa rugi sebab mahal tapi tak lawa...hak hak hak...jahat kan? Last-last masuk dalam jusco tu belek satu-satu. Akhirnya...jumpa mirip camni. Nanti entri lain akak comot upload gambar ye, harga tak la mahal tak sampai seratus pun. Gambar? nanti laaaaaaaaaaaa

Misi mencari wedges -selesai. 
Terapi minda- berjaya
Poket- makin nipis
Ucapan-terima kasih boss sebab bagi bonus dari duit blog, rajin berblog dapat la habuannya..ehehe.Alhamdulillah rezeki..kan kan kan???

Tuesday, October 2, 2012

Kisah Aqilah


Assalamualaikum..
Fuhhh berhabuk dah blog akak comot ni kan? Sian tak? Uhuk uhuk.. Kena vacum ni.

Okey nak cerita ni, akak comot dah balik malaysia. Sekarang ni duduk kat SK. Akak comot urus baby syafiq dan aqilah je la sekarang ni.



Aqilah dah sekolah kat tadika Pasti dekat dengan rumah ni. Tapi ya ampun manja sangat dalam seminggu sekolah 3 kali pasti menangis tiap pagi kot? Peningnya nak layan manja dia tu..

Balik sekolah masih nak akak comot ambil, tak mau cikgu hantar. Kalau naik kereta cikgu kan bagus dik qila? Huhu

Kalau ambil dia perlu bawa baby syafiq. Lepas parking kereta kena angkut baby panas- panas tu. Lebih tak best kalau hujan ayahnya nak kena pakai kereta. Berebut kereta lak kan?

Wednesday, July 4, 2012

Bisikan Hati



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah berhabuk blog akak comot ni sebab dah lama tak buka. Lupa password?haah...memang dah terlupa pun. Puas juga nak buka tadi..ehehe. Nak cerita ni akak comot dah balik malaysia terus....back for good. Lepas ni tiada lagi rindu dendam pada orang malaysia. Pada makanan dan semuanya.

Allah mendengar bisikan hati untuk saya pulang ke sini, alhamdulillah akak comot dah pulang. Rezeki di sini dan syukur sangat-sangat. Tiada niat nak berdiam diri namun rasanya inilah masa yang sesuai untuk akak comot mula berblog kembali selepas berdiam diri agak lama hingga blog ni dah bersawang dan berhabuk pun...

Tunggu entri akak comot pasni ye..tata..


Wednesday, February 15, 2012

Adik Syafiq Semakin Besar



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rindunya nak mencoret sesuatu di blog ni. Dah lama cuti menaip di sini.Hari ni adik/akak comot nak cerita perkembangan adik syafiq. Adik syafiq dah 6 bulan setengah pun sekarang ni. Sedang belajar nak duduk rasanya. Selalu dia angkat punggung gaya orang nak merangkak tu dan cuba nak sengetkan punggung lepas tu.




Apa yang saya geram tu bila dia buat kerja dia mesti buat sambil menangis . Apa kes? Terlebih manja eh? Bonda selalu pesan jangan bantu dia buat kerja nanti sampai ke tua dia nak orang bantu dia bila dia buat kerja,contohnya macam ummi dia ni..hehehe.



Tuesday, January 31, 2012

Kek Batik Marie








Assalamualikum dan salam sejahtera. Sihat ke semua?


Lama sungguh saya tak mencoret di sini. Owh ye nak cerita sikit kisah kek batik marie ni. Kek yang sungguh sedap dan sangat mudah untuk membuatnya. Ada orang panggil kek batik jawa sebab rupanya macam kain batik jawa.



Dulu masa zaman saya sekolah rendah saya sangat suka makan kek batik marie ni. Kebetulan makcik kantin kat sekolah saya ada jual kek batik ni time rehat. Sepotong 40 sen. Agak mahal kan jika dalam tahun awal 90-an. Tapi akibat amat suka saya akan beli 2-3 potong. Sedap sangat kat tekak saya...hehe.



Sekarang ni kek batik ni memang jadi kegemaran anak-anak saya pula. Makan sejuk-sejuk pun sedap. Biasanya buat seloyang besar kejap je habis. Saya suka campurkan sedikit horlicks dalam resepi tu supaya rasanya lebih enak.



Sedap sangat bagi penggemar coklat. Korang suka juga?


P/s :gambar saya pinjam di blog saya satu lagi. Bukan hasil curi eii, gambar saya juga.





Monday, January 16, 2012

24 Jam Lagi



Assalamualaikum...

Hari ni sangat busy. Busy melipat kain dan packing keperluan nak pergi ke mekah esok malam. Ada lagi 24 jam saja untuk saya berkemas. Bergaduh ngan baby lagi, ngan qila lagi. Memang tak cukup tangan ni...huhu.



Moga saya dapat kemas semua keperluan yang disediakan. Barang untuk di mekah, di madinah dan untuk kami stay kat riyadh dalam perjalanan pulang nanti. Persalinan dalam perjalanan juga perlu saya siapkan... Busy lah konon. Ceeeewahh. Take five la ni, penat dah melipat dan mengemas..haha



*Menjawab akak cantik qistina melati mummy, nasi ayam tu saya buat dgn ayam goreng. Dah siap curah sos dah tu..keh3.


*Menjawab soalan rara...ye ni blog akak ...hehe. Akak comot!


Bila Malas - Nasi Ayam Saja





Assalamualaikum


Bila kemalasan melanda saya sangat malas nak memasak. Selalu macam tu. Bila perut dah berkeroncong, cacing dah mengamuk dalam perut tu sebab lapar mula lah saya rasa nak pitam dan angin gastrik mula meledak.



Kadang-kadang saya pelik, kenapalah kemalasan selalu bertapak dalam jiwa saya?huhu. Tengok jam dah pukul 1 pun kadang-kadang saya tak masak lagi. Bila malas biasanya saya akan masak nasi ayam. Cepat dan mudah.



Nasi ayam kegemaran anak-anak. Tapi saya jarang buat nasi ayam, saja simpan menu ringkas ni untuk detik kecemasan bila saya malas. Teruk kan?huhuhu. Saya masa 2 mug nasi habis tau, cemerlang kan budak-budak ni makan nasi ayam, hehehe.






Saturday, January 14, 2012

Salam Ahad- Persiapan Umrah

Assalamualaikum....

Salam ahad buat semua.

Saya cuma ada beberapa hari saja untuk buat persiapan untuk mengerjakan umrah khamis nanti. Rasanya kami akan gerak awal pagi dalam jam 12 atau satu pagi kot. Harap tak sangkut kat border berjam-jam macam dulu. Kami pergi awal kali ni. Kebanyakan mereka pergi bulan dua. Kami pergi awal harapnya tak sesak macam dulu-dulu.



Sendirian nak cop jari, nak eye test, pandai ke saya?huhu..berserah sajalah pada Allah. Dulu kami pergi by car dalam 5 kereta rasanya. Ada kawan nak buat itu ini dan nak mandi serta solat. Sekarang ni kami terpaksa pergi sendiri. Anak pun terpaksa ponteng sekolah...huhu.




Memandangkan blog ni pun blog rahsia..haha, rahsia ke? yelah..private tu rahsialah kan! Kenapa kami buat umrah awal? sebab kami perlu langsaikan umrah bulan ni juga. Hubby dapat offer kerja malaysia. Kalau kami nak terima offer tu maka bulan depan dia perlu hantar notis. 2 bulan notis, dan bulan 4 dah boleh balik tanah air. Sebab tu tak boleh nak umrah bulan depan...huhu.




Itu cerita kalau kami terima job tu lah, apa pun itu perancangan kami. Kalau jadi dan diperkenankan Allah adalah rezeki...hihi. Kami hanya berdoa agar semuanya lancar. Tolong doakan saya sekeluarga selamat dalam perjalanan dan umrah ye. Ni memang sempoi punya kerja. Makan semua sendiri, tak ikut pakej, memang takda pakej time sekarang ni. Maka kena makan kat gerailah jawabnyer...hehehe.



Blog akan sepi tanpa entri seminggu, balik umrah panjang umur saya buat entri lagi ye, moga anda juga diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah juga, amin!


Mengapa Perlu Private Blog?






Assalamualaikum


Terima kasih buat rakan yang menyokong blog saya selama ini. Alhamdulillah blog saya makin maju setelah setahun lebih umurnya. Dulu ia diari saja buat saya tapi kini dah jadi satu blog info dan tips juga rupanya. Saya makin gembira berblog cuma....silap saya saya letak nama saya sebagai pengarang blog, saya letak gambar saya dan jiran tetangga juga tau wujudnya blog saya.




Saya makin rimas bila orang tau apa yang saya ceritakan di blog. Saya tak suka bila ada sikit persamaan dalam kehidupan mereka dengan cerita blog mengundang propaganda dan akhirnya ada yang kecil hati walaupun saya tak niat nak kutuk orang. Kadang kala ada beberapa persamaan bila kita bercerita dan akhirnya wujud salah faham. Saya lemas dengan keadaan itu...huhu.



Saya juga lemas bila nama saya terpampang bila di google. Orang taip lydia miza terus keluar blog saya. Aduhh bahaya kan? Mudah saja orang boleh cari saya...huhu. Saya nak kongsi cerita macam dulu, tepek gambar, cerita dengan ikhlas apa yang saya rasa macam dulu. Maka....saya private kan blog tak pemes saya nih..hahaha. Blog satu lagi tu bukan pemes sangat pun, cuma....lebih dikenali berbanding blog ini.



Maka, jutaan terima kasih buat kalian yang sudi nak baca blog ini. Tak ramai pun...100 orang je kan? hehehe.


Saya belum mengecil...tapi saya dah boleh pakai seluar saiz 28 sekarang ni. Satu kegembiraan buat saya..hihi. Sila muntah hijau, hahaha.Pengsan!



Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum....


Selamat tahun baru saya ucapkan buat semua. Permulaan tahun baru saya agak kucar kacir sikit. Banyak air mata tumpah di awal tahun ini. Adik saya mengalami kecelakaan jalan raya. Saya tak keruan menanti berita hingga dia selamat jalani pembedahan. Peluh dingin membasahi dahi berserta beberapa kali saya pitam. Sungguh berdebar rasa hati saya ...syukurlah semuanya selamat kini.



Saya pastinya nak jadi insan terbaik untuk tahun ni. Takmo jadi lemah, lemau atau apa saja yang tak baik. Tahun 2012 adalah tahun yang saya tunggu, maka saya nak kejar apa yang saya idamkan.



Tahun ni saya juga berazam nak jadikan blog sebagai talian hayat saya dengan pembaca. Nak jadikan penghubung bagi menyampaikan ilmu akhirat dan duniawi juga. Moga segala perkongsian di sini dapat memberi sedikit manfaat buat semua yang singgah, insha Allah

Perit

Assalamualaikum....perit, hanya itu yang boleh saya luah. Peritnya tekak saya nak telan walau air liur sendiri. Saya tak tau bila saya mula batuk. Tapi yang pasti dah 2 malam saya tak boleh tidur akibat batuk teruk.


Seingat saya kelmarin saya ada makan aiskrim kacang, memang sedap. Makan sikit terus buat saya batuk dan tak tidur semalaman. Bila sakit mula menyesal makan benda sejuk. Bila sakit baru mengeluh asik sebut nama Allah. Bila sakit baru rasa nak dekat lebih lagi dari Allah...penyesalan itu perlu ada, tapi harapnya lepas baik nanti akan lebih dekat dengan Allah..amin.