Dah nak raya...baru saya berkesempatan gi ke bazar Ramadhan.Mmg sesak juga kereta hari ni...penuh!!So terpaksalah saya parking kereta jauh2.Huhuhu.Saya target nak cari air tebu je...tp bila nmpk air jambu batu,saya sambar 3 bungkus,air tebu 2 bungkus...bahulu 1 tupperware besar...otak2 15 batang...mcm2 beli..
Kereta penuh bersusun macam biasa...ramai sgt orang.
Melambak makanan...sampai tak muat tangan.
Kalau dah kata puasa...mula lah,ni bkn ikut perut ni..tp dah nafsu..hehehe.Malu2.Mak org pun rambang mata..boleh je sampai tgn penuh tak muat lg nak pegang...masih selera lg saya beli buah dokong kat hujung tu tadi....3 kilo lak tu minta.Dah siap byr,kebetulan tgn kiri saya sakit,so tauke buah tu siap tlg antar kan kat kereta lg tu...nak cr pahala lebih kot cina tu?hehehe.lawak je..
Lawak la tokey buah ni...saya nak ambik gmbr dia sbb dia tlg saya antar buah yang saya beli kat kereta saya yang jauh tu,sbb tgn saya dah x cukup2 ...tgn kiri sakit..dia siap posing duduk kat sit kereta saya lg..kih kih kih.
Mmmg pengsan lah buka posa hr ni,ayah beli ayam golek ,murtabak..siapa nak mkn byk2 tu???jwb2.tadah je lah perut,kih kih kih.
2 comments:
saya tersentuh dengan tindakan spontan nyonya cina tauke buah tu...menunjukkan bahawa perasaan kasih dan tolong menolong itu bukan hanya bersandarkan kepada rumpun kaum tertentu saja tetapi ianya terbuka luas dan dimiliki oleh semua kaum di malaysia..bantu membantu walaupun hakikatnya pertolongan itu datang secara tidak dipaksa. keinginan serta keprihatinan masyarakat untuk membantu akhir-akhir ini amat mengecewakan terutama kepada anak bangsa kita melayu ...kemanakah hilangnya sifat ini?..yang sering kita jumpa dan melihat adalah kecenderungan anak-anak melayu untuk melibatkan diri dalam kerja2 menghancurkan bangsa sendiri...menipu,merompak, menagih, merogol, buang anak,dan segala macam lagi...bukan apa saya takut apa akan jadi kepada anak2 kita nanti adakah mereka ini akan membesar dalam suasana yang kalut serta serabut...sedangkan kita yang dah bolehdikategorikan tua ini pun mudah tertipudan ditipu...sama2 kita berdoa dibulan yang mulia ini...apa2pun pada za dan keluarga selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya dan selamat menyambut kepulangan hubby yang tersayang...wasalam
Raza,terima kasih kerana sudi melawat blog kami suami isteri ni.Memang saya amat terharu dgn sikap ramah,baik hati dan kemesraan yang dihulurkan oleh tauke buah ni.Moga kita semua rakyat Malaysia akan sersatu hati tanpa mengira rumpun bangsa atau kaum.
Post a Comment