Monday, August 9, 2010

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan...ia kembali lagi, adalah suatu bulan yang penuh barakah dan rahmat. Banyak peristiwa penting berlaku pada bulan ini seperti diturunkan Al Qur'an pada malam Lailatul Qadar, zakat mula disyariatkan, perang badar, fathu makkah dsb.
Kelebihan dan menunaikan perintah berpuasa telah termaktub dalam Al-Quran didalam Surah Al-Baqarah Ayat 185

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu, dan perbezaan antara yang benar dan bathil). Oleh itu, barangsiapa diantara yang hadir dibulan itu, maka berpuasalah...."

dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: Ketika datang bulan Ramadhan sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan akan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). (HR Ahmad, Nasai dan Baihaqy). Hadis Shahih

Oleh itu, sebagai insan kamil didunia yang sementara rebutlah peluang ini untuk meningkat iman dan amal, memperbanyakkan membaca Al Qur'an dan sadaqah, musabah diri kita...siapa kita sebenarnya...adakah aku hamba yang bersyukur...seperti mana diulang-ulang ayat "fabiai yi ala hirobbikuma tukazziban" sebanyak 30kali dalam Surah Al-Rahman yang bermaksud 'Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?' Berat dan dalam sekali maksudnya pada siapa yang mengerti akan maksud sebenarnya pertanyaan Allah kepada hambanya.

Sebagai panduan bersama disertakan jadual sahur dan berbuka untuk orang qatar dan segamat dengan ucapan Selamat Berpuasa semoga puasa kali ini membuka lembaran kehidupan yang barakah, InsyaAllah


Maassalamah wa ilal liqo'

No comments: