Assalamualaikum....Salam Ramadhan buat semua yang di sayangi..
Moga hari ini adalah hari yang membahagiakan dan bermakna buat kita semua.Buat sahabat2 yang mengenali saya melalui facebook,ingin saya mengumumkan bahawa faceebook saya telah ditutup dan di kesempatan Ramadhan yang mulia ini...saya ingin log in ke laman baru..yang begitu menguntung kan dan berbaloi2..kata org.Dan yang pasti ia lebih berbaloi dr mengunjungi laman facebook.Laman yang saya ingin mengajak sahabat2 semua kunjungi adalah laman FaceQuran....
Memandangkan kita sedang berada di dalam bulan Ramadhan,maka mmg baik dan amat bagus sekali jika kita memperbanyakkan membaca kitab suci ini.Bulan Ramadhan di kenali sebagai bulan Al Quran,wahyu pertama Al Quran juga turun pada bulan Ramadhan.
Jika jika sahabat2 nak tau,setiap huruf yang kita baca dr kitab ini,akan Allah janjikan sepuluh ganjaran pahala,maka setiap perkataan ada berapa huruf?setiap ayat ada berapa huruf?cuba kira berapa mata ganjaran yang akan kita dapat dr membaca Al Quran...sebab tu dr awal td saya kata ia berbaloi-baloi...hehehe
Jika selama ni kita blh berfacebook berjam2,maka saya bernekad untuk ber facequran berjam2.Nekad untuk khatam Al Quran dalam bulan ni..dan klu blh bkn hanya sekali..klu blh biarlah lebih dr sekali khatam.
Jika ada yang ingin tahu,sewaktu kita khatam Al Quran pada bulan Ramadhan,akan turun 70 00 malaikat akan turun bersama kita,akan mengaminkan doa dan memohon ampun dan rahmat buat kita.Maka rebutlah peluang keemasan ini,peluang yang bukan datang hari2,bkn juga datang setiap bulan.
Bkn tak blh berfacebook tp jom kita lebihkan faceQuran di bulan yang mulia ini.Sebelum bermula Ramadhan..suami tercinta ada menghadiahkan sebuah Tafsir Al-Quran kepada saya.Terima kasih sayang....Za akan gunakan ia sebaik mungkin.Syukran Jazilan..
No comments:
Post a Comment