Sunday, August 8, 2010

TIP MENGELAK KELETIHAN KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum sahabat2ku.
Moga hari ini hari yang indah buat kalian.

Lagi beberapa hari kita akan berpuasa.Pasti ramai yang dah tak sabar2 menanti bulan yang penuh keberkata dan menjanjikan 1001 kelebihan dan nikmat buat kita yang menjalani ibadah di bulan Ramadhan nnt.


Namun bagi mereka yang tidak biasa menjalani ibadah puasa pasti agak gentar untuk melalui detik2 dan saat2 kelaparan dan dahaga ketika berpuasa nnt.Saya nak share beberapa tips buat kita bg mengelakkan kita merasa letih ketika berpuasa nnt.Supaya kita segar dan aktif seperti hari2 biasa.


Elakkan memakan terlalu byk gula iaitu karbohidrat yang di proses terutamanya pd waktu sahur,kerana ia akan menyebabkan terlalu byk insulin terhasil dan menyebabkan glukosa darah menurun.Makan lah karbohidrat kompleks yang boleh dihadam secara lambat..seperti bijiran,oat,barli,kekacang ,gandum dan semolia serta menghadkan minuman bergula ketika bersahur.


Ada ramai juga antara kita yang mengalami tekakanan darah rendah yang mana ia mengalami peluh secara melampau,pening,kelemahan,keletihan,tidak boleh berdiri tegak apabila bgn dr duduk dan rasa hendak pitam.Ia kerap berlaku apabila menjelang petang dan ini berlaku kerana kekurangan air dan garam dlm badan kita sebenarnya.Jadi..bykkan minum air dan ambil garam yg secukupnya bg mereka yg tak der darah tinggi.


Adalah lebih baik sekiranya mengambil makanan tambahan..seperti spirulina,korella,royal jelly bagi meningkatkan tenaga dan melambatkan tindak balas biokimia yang melambatkan membebasan tenaga dlm badan kita.Ginseng,klorofil dan vitamin B12 juga menambahkan tenaga dlm badan kita.


Elakkan juga mkn terlalu bayak ketika bersahur,jgn mkn byk makanan berlemak dan bergoreng serta makanan yang terlalu byk mengandungi gula.Selain itu,sebagai umat islam,kita di galakkan memakan kurma ketika bersahur..kerana ia mengandungi banyak fibre dan serat.Jika saya sendiri..saya mengamalkan bersahur dgn 7 biji kurma,segelas susu dan oat juga sebiji epal atau pisang.Selain tu blh la klu nak mkn sesuap dua nasi klu anda berselera mkn di pagi2 buta tu..heheheh.Selamat berpuasa...

No comments: