Sesuailah dgn namanya dhuha yang bermaksud pagi...ia dikerjakan di waktu pagi,kira-kira 20 minit selepas terbit matahari.Solat dhuha ini adalah solat sunat yang amat2 dituntut sama seperti solat tahajjud.Supaya mudah difahami..ia dilakukan kira2 dr pkl 7 pagi hingga jam 1 tgh hari.
Waktu yang afdhal dilakukan solat sunat ini adalah ketika waktu matahari sedang terik..iaitu kira2 antara jam 10 pagi hingga jam 1 tgh hari.Eloklah dikerjakan solat ini pada waktu badan memerlukan rehat sebentar dari tugasan kita seharian...cuma antara 4-5 minitsahaja..
Niat Solat Dhuha:
"Sahaja aku sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ála."
Ia dilakukan sekurang2 nya 2 rakaat sehingga 12 rakaat.
Dinyatakan...menurut byk hadis2 nabi..solat dhuha ini di lakukan seperti solat2 yang lain...di bacakan Al-Fatihah...dan surah al-Syam pada rakaat pertama..dan surah Ad Dhuha pada rakaat ke dua.(Riwayat Al-Hakim)
Namun janganlah ia membuatkan kita terikat kerana ia adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik...kita bebas membacakan apa saja surah asalkan ia diniatkan dgn betul,dilakukan dgn betul,sempurna syarat dan rukunnya dan doa2 selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan...
Ya Allah,sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhamu,kecantikan itu adalah kecantikanmu,keindahan itu keindahanmu,kekuatan itu kekuatanmu,kekuasaan itu kekuasaanmu,perlindungan itu adalah perlindunganmu.Ya Allah...jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah.Dan jika ada di dalam bumi..maka keluarkanlah.Jika sukar mudahkanlah,jika haram maka sucikanlah.Jika masih jauh maka dekatkanlah.Berkat waktu dhuha ,keagungan ,keindahan,kekuatan dan kekuasaan,limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.
No comments:
Post a Comment