Thursday, August 12, 2010

Laksa Johor...


Assalamualaikum....Salam Ramadhan buat semua.

Apa kbr sahabat2 yang di sayangi...


Bulan puasa ni..pasti korang terpikir2 apakah menu istimewa yang nak di buat berbuka kan?Pernah mkn laksa Johor tak?Laksa Johor..hanya di sukai oleh orang2 Johor je biasanya.Dia di campur santan dan ulaman nyer pon lain sikit berbanding laksa Penang.Apa2 pon saya anak jati Johor ni mmg penggemar laksa ni..dan yang istimewanya..laksa Johor ni..akan di makan bersama sambal belacan..Ala-ala Laksam gitu..ada sambal dia.


Ermmmm teringin nak cuba laksa johor???ini saya ada sertakan resipenya..


Laksa Johor:


Mee laksa/Spaggetty
1 biji bawang besar dihiris
1 biji timun dihiris
1tangkai daun salad dihiris
1 tangkai daun kesum dihiris
1 tangkai bunga kantan dihiris
beberapa helai kacang panjang dihiris halus


sambal belacan:
4 biji cilimerah
5 biji cili api
belacan melaka di bakar
2 biji limau kasturi
garam


Caranya:tumbuk cili dan belacan tadi..campur garam dan perah limau..

bahan kuah:

600 gm ikan kembung(direbus dan asingkan isinya)
pes cili
bawang merah dikisar
sedikit halia
serbuk kari sedikit
garam dan perasa
2 liter air rebusan ikan tadi
bunga kantan
daun kesum
asam keping 2 keping
santan pekat


Cara membuat kuah:
tumis semua bahan kisar,masukkan serbukkari dan pes cili...tumis hingga naik bau,masukkan air,ikan ,santan dan bahan2 lain...masak dengan api sederhana.masukkan daun kesum dan bunga kantan.jika suka..blh di tambah kerisik. Amat mudah dan sedapp..nyum3.Selamat mencuba






No comments: