Assalamualaikum....salam sayang buat semua.
Lama betul blog ni takder entri baru...busy ker saya ni,huhuhu.Buat2 busy sebenarnyer...hahaha.Apa2 pun..saya nak cerita satu pengalaman yang saya rasa menarik juga untuk saya kenang.Sebenarnyer,walaupun ramai antara sanak saudara dan rakan-rakan merasakan saya beruntung dapat tinggal di bumi arab ni..jadi perantau,namun kadangkala saya rasa pedih juga jadi anak perantau ni.
Bukan apa,cuba kenang kembali,bagaimana layanan kita sebagai warga Malaysia terhadap pekerja-pekerja asing?tidak semua antara kita melayan mereka dengan baik kan?begitulah nasib kami di bumi Arab ni.Lebih-lebih lagi mereka ni orang kaya(kebanyakannya lah)memang mereka tak pandang lah kami ni semua.Tapi ada ramai gak yang baik...
Semasa saya berjalan2 di shopping mall,sedang asik melayan kerenah anak dan sedang membelek2 camera sambil saya berjalan beriringan anak beranak,tiba-tiba saya terkejut di sapa oleh seorang gadis Arab (gadis sunti sebenarnye)yang berumur sekitar 12-14 tahun.Saya rasa hairan..tapi dia dengan mesra..menyapa,hai!!!dengan matanya bersinar-sinar memandang saya,tanda peramah dan seperti ingin berkenalan dan berbual dengan saya.Saya agak terkejut,kerana gadis ini cantik,dan tak pernah pun saya di sapa dengan mesra oleh anak gadis sepertinya sebelum ini.Saya cuba memberikan senyuman yang paling manis..Saya lihat dia menoleh berkali2 sampai bayang saya hilang.....Mungkin dia mengagumi keayuan saya orang asia kot?hahaha.(lawak je ok?)
Alhamdulillah...nampaknya,anak gadis manis menghargai orang asing di bumi mereka..Bumi Doha ini..tempat kami menumpang mencari rezeki.Syukurlah.