Wednesday, July 28, 2010

Anak ramai Vs Anak sedikit.

Assalamualaikum semua.....
Apa khabar semua.

Mesti ada yang pelik..kenapa saya nak bincang kan isu ini,Sebenarnya,sebagai tuan punya blog pun saya masih takda keputusan dan kesimpulan samada pada zaman sekarang..mempunyai anak ramai lebih baik atau anak 2-3 orang sudah memadai.

Ermm ramai yang berpendapat ada 2-3 orang anak dah cukup pada zaman sekarang.Lebih-lebih lagi keadaan ekonomi yang tidak begitu baik,dan juga kesibukan kita semua dalam kehidupan seharian.Kalau ada anak ramai,pasti susah nak diurus dan memerlukan sumber kewangan yang tinggi juga.Maka..ramai antara pasangan muda yang memilih untuk mempunyai keluarga yang kecil.

Ada juga yang berpendapat,anak itu pembawa rezeki.Insya-Allah,walaupun kehidupan serba kekurangan,namun pasti ada rezeki yang Allah kurniakan bg sesebuah keluarga tersebut.Sebab itu..ramai juga orang yang berpendapatan rendah tidak takut mempunyai keluarga besar.

Pelbagai pendapat yang keluar dari pelbagai lapisan masyarakat..ada yang berkemampuan dr segi kewangan juga tak mahu berkeluarga besar kerana bimbang tak ada masa mendidik anak dan mengurus anak mereka.Tetapi..pada saya kan zaman sekarang boleh ambik pembantu rumah?nak yang tinggal bersama,atau balik setiap hari,atau datang setiap hujung minggu..semuanya ada.

Pada pandangan saya..semua ini terserah pada individu itu sendiri.Jika meraka sedia mempunyai keluarga besar,soal kewangan tak menjadi perkiraan.Hendak seribu daya.Tidak hendak seribu dalih.Cuba bayangkan bagaimana perasaan teman-teman kita yang begitu mahukan anak..tetapi masih belum berkesempatan merasai peluang tersebut.Kita yang Allah mudahkan dalam meramaikan umat tidak mahu mempunyai keluarga yang besar.Sedangkan mereka yang tidak mampu punyai anak dahagakan tangisan suara bayi.

Semua ini terserah pada pemikiran masing-masing.Paling penting,fikirkan tujuan dalam kita berumahtangga,tujuan kita di jadikan sebagai hamba Allah,sebagai umat Muhammad dan siapa kah kita sebenarnya di bumi Allah ini.Tepuk dada..tanya hati.Fikir-fikirkan.Wallahualam.



No comments: