Friday, July 30, 2010

Do'a HambaMu

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur ImanMU
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon Maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampuni segala dosaku
Terlalu banyak dosaku padaMu
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah kulalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba dunia
Bebaskan diriku dari belenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redhaMu
Moga sinarMu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Akukan kembali padaMu Rabbi
MengadapMu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan
Amin Ya Robbal alamin

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL.


Assalamualaikum....

Salam sayang buat semua.Moga di hari Jumaat yang mulia ini,menjanjikan keberkatan buat kita semua.Nampaknye hari ni,penuh gak jadual saya....pagi2,ada cina nak repair fius letrik yg rosak.Pergi kedai cari bahan nak goreng mee dan sambail2 goreng mee,cina tu buat kerja dia..

Hr ni juga...nak basuh kereta kesayangan hubby,dah kotor sangat dah...sian.Ummi ni malas sikit nak basuh kereta..sebab ada qila yg tlg..adoii meriah la dia main air..huhuhu.Siap basuh kereta dan simen luar...kemas2 nak gi umah mak.

Kat trafic light tu..saya duk depan sekali.Tiba-tiba saya nmpk satu traller panjang nak belok ke jalan sebelah saya.Dalam hati..uihh panjangnye.Tiba2..kancil yang belakang traller tu dengan lajunyer potong traller tu dannnnnnnnnn...oh tidak.

Dah kena cium..selamat traller tu slow je..klu tidak mmg parah la kancil tu.Saya pun pergi lah menyibuk2 kat sana..ye lah bila saya tgk budak pompuan tu mcm nak nangis tgk kereta dia kena cium,sian lak.So saya temankan lah dia jap.Bila tengok budak pompuan dan mamat traller ni dah x gaduh2 saling salah menyalahkan...saya pun balik je la...

Dalam hati terdetik..inilah yang di katakan Berpantang Maut Sebelum Ajal....

Thursday, July 29, 2010

Durian..Oh.. Durian.


Assalamualaikum teman semua..
Apa kbr hari ini.

Ermmm seawal 9 pagi....saya pikir nak keluar mencari pulut lah hari ini..Saya teringin nak buat Pulut Santan Durian..ye lah..saya ni peminat durian.Kalau makan durian tu mesti nak yang durian kawen,isi kuning,tebal...baru lah lepas makan seulas pun tersandar..hahaha.Tak kira jenis D24 D18,atau D101..semua saya belasah..udang merah pun saya suka.

Rupa-rupanya..ada jugak orang yang tak gemar makan durian ni..kata pening lah,busuk lah..Apa-apa pun,saya dan anak-anak semuanya hantu Durian.Ala..macam Opet dalam cerita Upin dan Ipin tu..hahaha.

Hari semalam menu bubur kacang durian,hari ni..pulut durian....durian,durian,durian.Mmg saya hari-hari nak makan durian.Jumpa setahun sekali katakan.Saya siap frozenkan lagi durian ni..supaya fresh.Bila nak makan..keluarkan saja sekejap.Ala..nak tahan lama katakan.

Jom makan durian,tp...siap lah,tido mesti pakai aircond haaaa.Kalau tak...mesti panas sampai hempas2 badan..hik hik hikSo..amalkan petua meminum air di dalam kulit durian..untuk buang panas kata orang..Cubalah petua ini.Wallahualam.




Wednesday, July 28, 2010

Anak ramai Vs Anak sedikit.

Assalamualaikum semua.....
Apa khabar semua.

Mesti ada yang pelik..kenapa saya nak bincang kan isu ini,Sebenarnya,sebagai tuan punya blog pun saya masih takda keputusan dan kesimpulan samada pada zaman sekarang..mempunyai anak ramai lebih baik atau anak 2-3 orang sudah memadai.

Ermm ramai yang berpendapat ada 2-3 orang anak dah cukup pada zaman sekarang.Lebih-lebih lagi keadaan ekonomi yang tidak begitu baik,dan juga kesibukan kita semua dalam kehidupan seharian.Kalau ada anak ramai,pasti susah nak diurus dan memerlukan sumber kewangan yang tinggi juga.Maka..ramai antara pasangan muda yang memilih untuk mempunyai keluarga yang kecil.

Ada juga yang berpendapat,anak itu pembawa rezeki.Insya-Allah,walaupun kehidupan serba kekurangan,namun pasti ada rezeki yang Allah kurniakan bg sesebuah keluarga tersebut.Sebab itu..ramai juga orang yang berpendapatan rendah tidak takut mempunyai keluarga besar.

Pelbagai pendapat yang keluar dari pelbagai lapisan masyarakat..ada yang berkemampuan dr segi kewangan juga tak mahu berkeluarga besar kerana bimbang tak ada masa mendidik anak dan mengurus anak mereka.Tetapi..pada saya kan zaman sekarang boleh ambik pembantu rumah?nak yang tinggal bersama,atau balik setiap hari,atau datang setiap hujung minggu..semuanya ada.

Pada pandangan saya..semua ini terserah pada individu itu sendiri.Jika meraka sedia mempunyai keluarga besar,soal kewangan tak menjadi perkiraan.Hendak seribu daya.Tidak hendak seribu dalih.Cuba bayangkan bagaimana perasaan teman-teman kita yang begitu mahukan anak..tetapi masih belum berkesempatan merasai peluang tersebut.Kita yang Allah mudahkan dalam meramaikan umat tidak mahu mempunyai keluarga yang besar.Sedangkan mereka yang tidak mampu punyai anak dahagakan tangisan suara bayi.

Semua ini terserah pada pemikiran masing-masing.Paling penting,fikirkan tujuan dalam kita berumahtangga,tujuan kita di jadikan sebagai hamba Allah,sebagai umat Muhammad dan siapa kah kita sebenarnya di bumi Allah ini.Tepuk dada..tanya hati.Fikir-fikirkan.Wallahualam.



Tuesday, July 27, 2010

Pisang Goreng


Assalamualaikum semua...

Selamat Pagi...


Pagi ini seceria pagi-pagi yang lalu.Di luar sana masih renyai,hujan dr awal pagi tadi belum berhenti.Aqilah dan Azhad masih di buai mimpi...lena tanpa sebarang gangguan...terdetik di dalam hati..kalau lah ummi boleh tidur senyenyak kalian...tanpa sebarang masalah..


Ermm hujan-hujan ni,nak buat sarapan apa ye?ligat kepala ku berfikir.Nak buat mee goreng udang pulak tiada,nak buat nasi goreng..semalam tak masak nasi,nak buat nasi lemak..lagi lah malas,cucur bilis lah kot..detik hatiku.


Tiba-tiba aku terpandang pisang nangka yang aku bawa dari kampung mertuaku sabtu lalu.Perrgghhhh apa lagi..aku pun cepat-cepat mengambil tepung dan membancuhnya untuk menggoreng pisang tadi.Kebetulan hari tu..kakak iparku ada memberikan tips untuk pisang goreng yang rangup dan enak.Kata Atih,campurkan sedikit planta dan minyak masak.


Aku terus mencuba,dengan harapan..menjadi.Pisang goreng ni,makanan kegemaranku,jadi kalau nak buat mesti kena sedap maaaa.Ternyata tips Atih memang menjadi..kalau tak percaya..tgk lah cantik dan rangupnya pisang goreng saya itu.

Monday, July 26, 2010

Salam Malaysia-Doha...


Assalamualaikum .


Tercapai juga niat hati saya untuk mempunyai blog saya sendiri.Tak di sangka-sangka,hubby tercinta membuatkan bog ini untuk saya.Ermmm sebenarnya belum ada bahan menarik untuk di kongsi bersama,cuma ucapan kasih dan cinta saya buat suami tersayang ..En.Zairi Yahaya,yang amat menyayangi dan menyintai saya sepenuh hatinya..yg amat2 memahami perasaan dan hati saya.


Di saat ini...Hubby dah pulang ke Doha meneruskan kerjanya..mencari nafkah buat kami,saya dan anak-anak masih bercuti di Malaysia sehingga Hari Lebaran nanti.Di saat hidup berjauhan..pasti kerinduan mula berbunga pada suami tersayang kan?ermmm itulah yang saya rasa..Biasalah..tinggal jauh dr suami yang penyanyang,dan rajin membantu,pasti terasa kalau dia tiada di sini.Lebih2 lagi..hubby amat rapat dgn anak2.


Apa2 pun..saya hargai kasih dan sayang hubby,ermm orang kata,kalau pisah -pisah ni..elok juga..bila rindu-rinduan...lg semarakkan api cinta.Betul ke?Ada yang setuju dengan pendapat ini?