Sunday, October 7, 2012

Kami Bersahabat

Assalamualaikum...
Semalam bonda buat kenduri kesyukuran sambut menantu. Alhamdulillah sahabat saya hadir memeriahkan majlis. Apa yang saya terharu sangat nana sanggup bantu sediakan dua hantaran untuk pihak  kami. Saya tempah dengan nana cheese tart dan minta dia tolong tempahkan carrot cheese cake juga. Awal pagi dia dah hantar rumah bonda dua barang tu...huhu. Pukul berapa dia pergi ambil kek? dah la jauh. 

Kami bersahabat sejak dari tingkatan satu. Sejak dari zaman comot lagi. Alhamdulillah tak pernah majuk atau kecik hati dengan nana . Dulu balik sekolah pun sama-sama juga..hehe.

Apa yang saya pelik dia makan beras apa ye tak besar-besar? jeles ooo


Wednesday, October 3, 2012

Wedges Cantik


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari petang semalam hati melonjak-lonjak nak beli wedges. Buka potato wedges ye kawan-kawan, akak comot nak beli kasut wedges. Ye la bila dah ada baby ni tak sesuai pakai heels sebab badan dah memberat...ecece, 52 kg tu berat tau, lenguh betih akak comot ni.

Dah dua hari sakit kepala, oleh kerana ada dapat bonus dari hasil berblog maka akak comot rasa malam tadi perlu pergi terapi. Dah pukul 8 malam tanya pada encik darling boleh tak teman pergi terapi dia kata kasut beli beribu kat Qatar dulu tak pakai pun? erk?? kasut mana lak beli sampai harga beribu wahai darling??? pitam akak comot dengar! Boots yang akak comot beli untuk pergi melancong ke Dubai,Oman dan Abu Dhabi tu baru je berapa ...siap ada offer lagi masa tu...huhu. 

Tengok akak comot dah sentap encik darling kata okey, dan 2 saat lepas tu akak comot tunjuk gambar nih, kata nak beli rupa gini...

Malangnya tak jumpa pun kat jusco tu kedai vinci, ke takda? entah...nak gi Alamanda dah malam sangat, memang tak sempat.

Kebetulan akak comot jamu mata dengan qila je mereka yang lain ke kedai buku. Maka jalan lah dengan santai dan penuh sopan santun memilih kasut, pergi School walau selesa tapi just selipar, dah la tak glamour lak tu, macam slipar 8 hengget je rupa walau RM89 harganya, nak pakai ke majlis wedding macam kurang comel nanti akak comot korang ni.

Pergi kedai BATA, adalah yang cantik tapi alamak...dah berbelas tahun akak comot tak pakai BATA, rasa macam...malas la kot. Patah balik ke School, belek lagi...memang rasa rugi sebab mahal tapi tak lawa...hak hak hak...jahat kan? Last-last masuk dalam jusco tu belek satu-satu. Akhirnya...jumpa mirip camni. Nanti entri lain akak comot upload gambar ye, harga tak la mahal tak sampai seratus pun. Gambar? nanti laaaaaaaaaaaa

Misi mencari wedges -selesai. 
Terapi minda- berjaya
Poket- makin nipis
Ucapan-terima kasih boss sebab bagi bonus dari duit blog, rajin berblog dapat la habuannya..ehehe.Alhamdulillah rezeki..kan kan kan???

Tuesday, October 2, 2012

Kisah Aqilah


Assalamualaikum..
Fuhhh berhabuk dah blog akak comot ni kan? Sian tak? Uhuk uhuk.. Kena vacum ni.

Okey nak cerita ni, akak comot dah balik malaysia. Sekarang ni duduk kat SK. Akak comot urus baby syafiq dan aqilah je la sekarang ni.



Aqilah dah sekolah kat tadika Pasti dekat dengan rumah ni. Tapi ya ampun manja sangat dalam seminggu sekolah 3 kali pasti menangis tiap pagi kot? Peningnya nak layan manja dia tu..

Balik sekolah masih nak akak comot ambil, tak mau cikgu hantar. Kalau naik kereta cikgu kan bagus dik qila? Huhu

Kalau ambil dia perlu bawa baby syafiq. Lepas parking kereta kena angkut baby panas- panas tu. Lebih tak best kalau hujan ayahnya nak kena pakai kereta. Berebut kereta lak kan?