Monday, February 18, 2013

Makan Makan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah permulaan hari ini berjalan baik walau sedikit kalut lambat bangun. Buat goreng pisang nipah saja tadi.. Laris hehe.

Saja nak tayang gambar baby syafiq. Sejak tutup lydiamiza.com ramai tanya perkembangan kami. Maaf.. Isi kandungan dari sana mungkin saya akan angkut ke sini jika rasa benar- benar nak tutup blog tu.

Baby syafiq makin lasak. Kalau makan luar pun darah tinggi je jadinya. Kejap itu tumpah ini terbalik. Siyes tak khusyuk makan.

Jamu mata dengan gambar bambam sorang ni dulu ye.. Nanti saya rajin- rajin update. Tq yang sms, whatsapp dan pm tanya ke mana saya menghilang. Tak sangka ada yang rindu. Tacing!

Wednesday, February 13, 2013

Permulaan Hari


Assalamualaikum
Kesedihan semalam tidak semestinya mengheret kisah duka itu ke hari ini. Pasti ada sinar pada hari baru.



Pagi yang mendung tidak mengekor kesan luka semalam. Pagi yang mendung mungkin satu permulaan penantian cahaya harapan bagi sinar bahagia di hari ini... InsyaAllah.

Positif dan sentiasa yakin pada ketentuan Allah. Mungkin semalam kita berduka tetapi esok dan hari mendatang Allah gandakan kebahagiaan buat kita bersama insan tersayang selamanya... Wallahua'lam.

Friday, February 8, 2013

Rumpai Laut Ungu Violet Murah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah ....rasanya hampir semua orang mengetahui khasiat rumpai laut ini. Memandangkan ramai sahabat mula makan rumpai laut ni sebagai sumber kolagen asli maka saya mula berminat untuk menjual produk berkhasiat ini kepada kenalan rapat dan kepada pembaca sekalian...

Murah saja...gred AAA, ungu violet. Anda boleh dapatkan dengan harga 
RM20 termasuk postage. 

Berminat? sila hubungi 012 7660546


Wednesday, January 23, 2013

Kecewa Tetap Ada


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entah kenapa rasa sayu saja hati ni. Err takda apa sangat pun cuma ceritanya begini. Plan asal sahabat baik saya shida dengan aima nak datang bertandang. Mereka dari johor melawat sahabat-sahabat di sana. Lepas tu bergerak ke sini dan bermalam di rumah saya. Dah hepi-hepi sekali hubby kata nak balik kampung hujung bulan. Bila saya selak kalender mak aii kena time shida dan aima datang. Sedih sangat-sangat tau.

Sebenarnya plan bagus punya, nak makan-makan dengan ramai kawan time tu. Nak jumpa baby firas, baby zafirah, baby qhaliff...dan adik-adik yang lain juga. Maka bila plan terbatal ni rasa sangat tak hepi nak balik tau. Bukan tak suka balik kampung jumpa bonda tapi rasa tak syok sebab tak dapat jumpa shida. Dan paling tak best bila shida bermalam umah kak ayu. Dah la ada sunah juga...dapat jumpa kak ayu lak tu...grrr. pastu pergi umah cmg lagi lak? adoiii bernanah hati saya.

Korang nampak tak? bila sesuatu yang kita rancang tu tak berjaya pasti ada kesedihan dalam hati kan? hurmm...ikhlas dalam hati saya malas nak balik hujung bulan ni. Plan nak rehat tengok laut ke...tengok pemandangan cantik ke...hati berbuku je rasa. Sukar nak luah sebenarnya. Plan raya cina baru minta bonda datang sini. So takda lah rindu sangat pun. Ala...bonda call saya hari-hari tau, takda hal sangat pun. Korang ingat senang ke balik kampung? letih giler nak pack baju, kejap ke segamat kejap ke negeri sembilan. Sangat lah letih...sama kes macam kawan saya riza juga kot. Balik banyak tempat dalam satu masa sangat meletihkan.

Entah apa yang saya melalut ni...ok lah dah lepaskan rasa di dada nak sambung layan si kenit ni....tata.


Saturday, January 19, 2013

Percubaan Pertama Mengekek


Assalamualaikum
Yeaahh akak comot kembali mengganas. Lepas dapat galakan dan sokongan dari insan kesayangan di sekeliling maka semalam saya beranilan diri cuba buat kek span pula.

Berangan lepas ni tak perlu beli kek hari lahir untuk insan kesayangan dah.



Ini versi cup cake... Abaikan kecomotan decorasi dari saya tu. Alatan tak lengkap, bahan tak banyak maka inilah yang berjaya terhasil dengan keras tangan saya yang menggigil sangat.

Plan nak buat rasa pandan tapi akhirnya terhasil kel span perisa keladi. Perghh sedap macam kat kedai! Siyes tak tipu.




Ini lagi comot... Pakai pisau dapur je tau.Sadis kan? Ahaa... Takpe nanti saya beli beralatan buat kek lepas ni. Ternyata jika ada keinginan pasti ada peluang untuk berjaya.

Ops percubaan pertama nampaknya hampir berjaya menghasilkan kek yang menawan. Doakan saya berjaya menghasilkan kek yang kemas lepas ni ya!

Tata... Ops lupa nak cakap.. Tq buat sahabat yang setia membaca celoteh saya. Sayang korang.

Friday, January 18, 2013

Sup Ayam


Assalamualaikum...
Sejak seminggu dua ni saya makin rajin memasak di hari cuti. Eceh rajin ke? Ye lah biasa ya sabtu ahad memang saya tak masak langsung dari pagi sampai malam



Tu diaaa sup ayam saya. Ada tauhu sumbat juga. Sambal kicap lawan sup ayam memang terbaek!

Korang masak arini? Ke gi makan angin?