Assalamualaikum
Salam Jumaat buat semua . Semalaman tak melelapkan mata membuatkan diri teramat lemah hari ni. Tekanan darah mencanak naik malam tadi membuatkan mata berpinar dan mual serta jari tangan menjadi kebas serta terketar - ketar. Melalui semuanya sendirian malam tadi tanpa insan tersayang mungkin sesusatu yang sukar namun ia telah ku lalui jua.
Apa yang menjadi persoalan adalah....baby senyap sepi dalam perutku hari ni. Keletihan tak lena malam tadi atau mengapa ye? Mungkin menang bayiku tertekan atau mungkin juga dia sedang lena diulit mimpi. Kiraan gerakan bayi belum bermula walau dah menjelang zohor hari ni. Baby sihat ke hari ni...ello baby ummi!!! Timbul pula rasa gusar, rungsing dan sedikit kegundahan dengan keadaan bayi dalam perut ummi ni.
Keadaan diri memang teruk hari ni,satu apa pun tak masuk lagi untuk mengalas perut. Akan kugagahi untuk melangkah keluar mencari makanan mengalas perut yang sedia kosong sejak semalam lagi. Doakan daku dan bayiku sihat.
5 comments:
miza, mkn la sket roti pr biskut. take care dear
lelord-jap lg la..huhu
kak ada 2 blog ekk??
suria-blog pertama akak ni dik.dah terabai ..hihi
owhh blog pertama akak..:)
kak, jaga kesihatan elok2..kesian akak kan, tak ada org jaga....jgn tak makan kak,, nanti tak ada tenaga...
Post a Comment