Monday, November 28, 2011

Hidup Tak Mati Dek Keji

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernah mengeji orang? Ish, jangan buat peranagn tak elok, Allah tak suka tau. Tapi bagi yang pernah dikeji banyakkan bersabar. Menangis lah sepuasnya tapi jangan hukum diri sendiri. Mengadu pada Allah adalah jalan paling baik bila diri dikeji.



Sedih? memang sedih bila diri dikeji, dihina dan direndakan maruah di khalayak ramai. Tapi Allah itu maha adil. Doa agar dirimu tenang dan Allah pasti membalas kesedihan itu dengan kebahagiaan yang amat manis suatu masa nanti.



Hidup di dinia bukan lama, silap-silap Allah balas cash di dunia. Allah bagi malu pada mereka yang mengkeji kita. Kita tak tau apa yang Allah mahu duga kita, tapi kita tahu Allah sayang kita bila dia duga kita. Dekatkan diri lebih lagi dengan Allah, bernafas dengan tenang dan abaikan benda yang tak elok.


Saya pegang ayat ni, "TAK HIDUP KITA KERANA DIPUJI, TAK MATI KITA DEK KEJI"







Tubik

Assalamualaikum....



Bila rakan pantai timur mula keluarkan 'tubik', 'kelik' mula lah kita tercengang. Melopong mulut tak paham apa.




Tapi bila fikir semula seronok bersahabat dengan orang pantai timur kan? Boleh guna bahasa campur-campur. Dulu saya selalu keliru beza kelik dan tubik. Sian rakan sebilik nak terangkan.




Apa pun apa yang membezakan kita adalah bahasa. Tapi kita seagama, dan saya ramai adik kakak yang sayang saya dari pantai timur. Kami serasi, dan ada yang kata wajah saya ala-ala pantai timur..haha.

Marah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pernah marah? Pernah dimarahi? semua orang pernah rasa marah. Persoalannya di sini bagaimana kita menangani rasa marah dalam hati. Adakah bila syaitan menyimbah dengan minyak petrol marah kita menjadi semakin menggila? Itu sudah pasti.





Saya bukan ustazah nak cerita pasal agama, semua tahu apa perlu dilakukan untuk meredakan kemarahan. Cuma apa yang saya ingin ingatkan dalam diri bertindak waras apabila marah. Malu tak jika kita dinilai apabila kita sedang marah. Rendah tak maruah kita bila orang nampak kita salurkan kemarahan kita di laman sosial. Memaki hamun orang, menghina atau menjatuhkan maruah orang di sana dengan niat biar satu dunia tahu kita marah dan biar maruahnya tercalar.




Siapa yang malu? Kita atau dia sebenarnya? Mungkin dia akan malu, tapi mereka yang menilai menggunakan akal dan Allah yang menilai kamu akan fikir kamu sebagai manusia yang mulia kah dengan tindakan sebegitu?




Jom kita fikir...sekadar mengingatkan diri sendiri. Selamat beramal.


Membuka Aib Sahabat

Salam buat semua. Adakah perlu kita mengaibkan insan yang pernah menjadi sahabat kita? Walau sebanyak mana kebencian terhadap dia perlukah kita sebarkan dan aibkan dirinya di laman sosial agar bertambah lagi kebencian insan lain terhadap dirinya.




Perlukah kita sebarkan dan aibkannya agar ramai yang mencemuhnya. Adakah berasa bangga mengaibkan insan lain? Rasa menang sebab tiada serangan balas? Jika hari ini kita memalukan insan lain adakah kita tak takut Allah memalukan kita suatu masa nanti? Fikir-fikirkan...

Saturday, July 23, 2011

Jus Tembikai




Assalamualaikum....


Siapa kat sini suka minum jus? Saya adalah salah seorang penggemar jus buah-buahan. Salah satu jus kegemaran ku adalah jus tembikai. Kebetulan semalam dan hari ni demam teruk. Hanya Allah je yang tau macam mana demam dalam keadaan sarat mengandung ni.


Semalam demam sampai tido pun termimpi-mimpi. Sedang tido rasa cam hubby bagi jus tembikai. Siap je minum terus je tersedar. Mimpi hubby bagi jus tembikai ni berulang-ulang kali. Akhirnya lepas maghrib tadi saya gagahi diri kisar jus tembikai sendiri. Asik mimpi je kan? nampak sangat mengidap jus tembikai...hihi. Rindu kat hubby juga la~~ huhu

Thursday, July 21, 2011

Sukarnya ...



Assalamualaikum

Salam Jumaat buat semua . Semalaman tak melelapkan mata membuatkan diri teramat lemah hari ni. Tekanan darah mencanak naik malam tadi membuatkan mata berpinar dan mual serta jari tangan menjadi kebas serta terketar - ketar. Melalui semuanya sendirian malam tadi tanpa insan tersayang mungkin sesusatu yang sukar namun ia telah ku lalui jua.


Apa yang menjadi persoalan adalah....baby senyap sepi dalam perutku hari ni. Keletihan tak lena malam tadi atau mengapa ye? Mungkin menang bayiku tertekan atau mungkin juga dia sedang lena diulit mimpi. Kiraan gerakan bayi belum bermula walau dah menjelang zohor hari ni. Baby sihat ke hari ni...ello baby ummi!!! Timbul pula rasa gusar, rungsing dan sedikit kegundahan dengan keadaan bayi dalam perut ummi ni.


Keadaan diri memang teruk hari ni,satu apa pun tak masuk lagi untuk mengalas perut. Akan kugagahi untuk melangkah keluar mencari makanan mengalas perut yang sedia kosong sejak semalam lagi. Doakan daku dan bayiku sihat.

Tuesday, March 15, 2011

Homemade Nugget

Assalamualikum...Malam tadi LM buat nugget lagi . Plan asal nak buat burger malaysia , tapi hubby kata dia ada kelas arab . So LM tak la menguli , nanti tak da siapa nak tolong buat . Tiba - tiba hubby buat leka je dan dia tak pergi pun kelas arab ...huhu .

So..LM pun laju - laju tukar plan nak buat lagi nugget frozen . Ini lah hasil nugget LM . Tak letak sayur pun kali ni . Lebih sedap dari hari tu . Bentuk pun lebih menarik dari hari tu ...Dah semakin mahir menepek - nepek nugget ni..hihi .

Suka makan nugget ? jom buat ramai - ramai . Mudah , jimat dan lebih berkhasiat .