Monday, February 18, 2013

Makan Makan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah permulaan hari ini berjalan baik walau sedikit kalut lambat bangun. Buat goreng pisang nipah saja tadi.. Laris hehe.

Saja nak tayang gambar baby syafiq. Sejak tutup lydiamiza.com ramai tanya perkembangan kami. Maaf.. Isi kandungan dari sana mungkin saya akan angkut ke sini jika rasa benar- benar nak tutup blog tu.

Baby syafiq makin lasak. Kalau makan luar pun darah tinggi je jadinya. Kejap itu tumpah ini terbalik. Siyes tak khusyuk makan.

Jamu mata dengan gambar bambam sorang ni dulu ye.. Nanti saya rajin- rajin update. Tq yang sms, whatsapp dan pm tanya ke mana saya menghilang. Tak sangka ada yang rindu. Tacing!

Wednesday, February 13, 2013

Permulaan Hari


Assalamualaikum
Kesedihan semalam tidak semestinya mengheret kisah duka itu ke hari ini. Pasti ada sinar pada hari baru.



Pagi yang mendung tidak mengekor kesan luka semalam. Pagi yang mendung mungkin satu permulaan penantian cahaya harapan bagi sinar bahagia di hari ini... InsyaAllah.

Positif dan sentiasa yakin pada ketentuan Allah. Mungkin semalam kita berduka tetapi esok dan hari mendatang Allah gandakan kebahagiaan buat kita bersama insan tersayang selamanya... Wallahua'lam.

Friday, February 8, 2013

Rumpai Laut Ungu Violet Murah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah ....rasanya hampir semua orang mengetahui khasiat rumpai laut ini. Memandangkan ramai sahabat mula makan rumpai laut ni sebagai sumber kolagen asli maka saya mula berminat untuk menjual produk berkhasiat ini kepada kenalan rapat dan kepada pembaca sekalian...

Murah saja...gred AAA, ungu violet. Anda boleh dapatkan dengan harga 
RM20 termasuk postage. 

Berminat? sila hubungi 012 7660546