Saturday, July 23, 2011

Jus Tembikai




Assalamualaikum....


Siapa kat sini suka minum jus? Saya adalah salah seorang penggemar jus buah-buahan. Salah satu jus kegemaran ku adalah jus tembikai. Kebetulan semalam dan hari ni demam teruk. Hanya Allah je yang tau macam mana demam dalam keadaan sarat mengandung ni.


Semalam demam sampai tido pun termimpi-mimpi. Sedang tido rasa cam hubby bagi jus tembikai. Siap je minum terus je tersedar. Mimpi hubby bagi jus tembikai ni berulang-ulang kali. Akhirnya lepas maghrib tadi saya gagahi diri kisar jus tembikai sendiri. Asik mimpi je kan? nampak sangat mengidap jus tembikai...hihi. Rindu kat hubby juga la~~ huhu

Thursday, July 21, 2011

Sukarnya ...



Assalamualaikum

Salam Jumaat buat semua . Semalaman tak melelapkan mata membuatkan diri teramat lemah hari ni. Tekanan darah mencanak naik malam tadi membuatkan mata berpinar dan mual serta jari tangan menjadi kebas serta terketar - ketar. Melalui semuanya sendirian malam tadi tanpa insan tersayang mungkin sesusatu yang sukar namun ia telah ku lalui jua.


Apa yang menjadi persoalan adalah....baby senyap sepi dalam perutku hari ni. Keletihan tak lena malam tadi atau mengapa ye? Mungkin menang bayiku tertekan atau mungkin juga dia sedang lena diulit mimpi. Kiraan gerakan bayi belum bermula walau dah menjelang zohor hari ni. Baby sihat ke hari ni...ello baby ummi!!! Timbul pula rasa gusar, rungsing dan sedikit kegundahan dengan keadaan bayi dalam perut ummi ni.


Keadaan diri memang teruk hari ni,satu apa pun tak masuk lagi untuk mengalas perut. Akan kugagahi untuk melangkah keluar mencari makanan mengalas perut yang sedia kosong sejak semalam lagi. Doakan daku dan bayiku sihat.