Monday, November 28, 2011

Hidup Tak Mati Dek Keji

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernah mengeji orang? Ish, jangan buat peranagn tak elok, Allah tak suka tau. Tapi bagi yang pernah dikeji banyakkan bersabar. Menangis lah sepuasnya tapi jangan hukum diri sendiri. Mengadu pada Allah adalah jalan paling baik bila diri dikeji.



Sedih? memang sedih bila diri dikeji, dihina dan direndakan maruah di khalayak ramai. Tapi Allah itu maha adil. Doa agar dirimu tenang dan Allah pasti membalas kesedihan itu dengan kebahagiaan yang amat manis suatu masa nanti.



Hidup di dinia bukan lama, silap-silap Allah balas cash di dunia. Allah bagi malu pada mereka yang mengkeji kita. Kita tak tau apa yang Allah mahu duga kita, tapi kita tahu Allah sayang kita bila dia duga kita. Dekatkan diri lebih lagi dengan Allah, bernafas dengan tenang dan abaikan benda yang tak elok.


Saya pegang ayat ni, "TAK HIDUP KITA KERANA DIPUJI, TAK MATI KITA DEK KEJI"







Tubik

Assalamualaikum....



Bila rakan pantai timur mula keluarkan 'tubik', 'kelik' mula lah kita tercengang. Melopong mulut tak paham apa.




Tapi bila fikir semula seronok bersahabat dengan orang pantai timur kan? Boleh guna bahasa campur-campur. Dulu saya selalu keliru beza kelik dan tubik. Sian rakan sebilik nak terangkan.




Apa pun apa yang membezakan kita adalah bahasa. Tapi kita seagama, dan saya ramai adik kakak yang sayang saya dari pantai timur. Kami serasi, dan ada yang kata wajah saya ala-ala pantai timur..haha.

Marah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pernah marah? Pernah dimarahi? semua orang pernah rasa marah. Persoalannya di sini bagaimana kita menangani rasa marah dalam hati. Adakah bila syaitan menyimbah dengan minyak petrol marah kita menjadi semakin menggila? Itu sudah pasti.





Saya bukan ustazah nak cerita pasal agama, semua tahu apa perlu dilakukan untuk meredakan kemarahan. Cuma apa yang saya ingin ingatkan dalam diri bertindak waras apabila marah. Malu tak jika kita dinilai apabila kita sedang marah. Rendah tak maruah kita bila orang nampak kita salurkan kemarahan kita di laman sosial. Memaki hamun orang, menghina atau menjatuhkan maruah orang di sana dengan niat biar satu dunia tahu kita marah dan biar maruahnya tercalar.




Siapa yang malu? Kita atau dia sebenarnya? Mungkin dia akan malu, tapi mereka yang menilai menggunakan akal dan Allah yang menilai kamu akan fikir kamu sebagai manusia yang mulia kah dengan tindakan sebegitu?




Jom kita fikir...sekadar mengingatkan diri sendiri. Selamat beramal.


Membuka Aib Sahabat

Salam buat semua. Adakah perlu kita mengaibkan insan yang pernah menjadi sahabat kita? Walau sebanyak mana kebencian terhadap dia perlukah kita sebarkan dan aibkan dirinya di laman sosial agar bertambah lagi kebencian insan lain terhadap dirinya.




Perlukah kita sebarkan dan aibkannya agar ramai yang mencemuhnya. Adakah berasa bangga mengaibkan insan lain? Rasa menang sebab tiada serangan balas? Jika hari ini kita memalukan insan lain adakah kita tak takut Allah memalukan kita suatu masa nanti? Fikir-fikirkan...